1. Adakah sekolah saya boleh turut serta dalam Program Penggalakkan Seni Tari Tali Yakult Generasi Madani "Yakult Dance Rope" & Misi Sihat Yakult 2025?

Untuk tahun 2025, hanya 50 sekolah yang terpilih sahaja akan menjalankan perlaksanaan Program Penggalakkan Seni Tari Tali Yakult Generasi Madani "Yakult Dance Rope" & Misi Sihat Yakult 2025 di peringkat sekolah melalui aktiviti atas talian dan aktiviti di sekolah. Walaubagaimanapun, bagi sekolah yang tidak terpilih, kerjasama dari sekolah-sekolah lain juga amat diperlukan bagi menyebarkan informasi berguna tentang Program Penggalakkan Seni Tari Tali Yakult Generasi Madani "Yakult Dance Rope" & Misi Sihat Yakult 2025 kepada masyarakat.

2. Saya mengalami masalah untuk memuat turun sijil penyertaan kuiz atas talian.

Sila matikan fungsi "Block Pop-Up" di peranti dan cuba sekali lagi.

3. Adakah pihak urusetia menghantar hebahan melalui platform selain laman web rasmi www.misisihatyakult.my?

Tidak, pihak urusetia tidak menggunakan platform rasmi lain selain laman web untuk menyebarkan maklumat kepada umum. Sila pastikan maklumat yang diterima adalah sahih dan tepat.

4. Sijil Penyertaan kuiz digital & PAJSK Peringkat Kebangsaan "Program Penggalakkan Seni Tari Tali Yakult Generasi Madani "Yakult Dance Rope" & Misi Sihat Yakult 2025"

Hanya murid sekolah yang terlibat sahaja akan diberikan Markah PAJSK Peringkat Kebangsaan manakala sijil penyertaan secara digital di beri automatik selepas menjawab kuiz digital ini. Selain murid dari sekolah yang terlibat masih boleh menyertai kuiz Misi Sihat Yakult untuk menambah ilmu pengetahuan dan juga boleh membantu sekolah yang terlibat untuk mengumpul mata.

5. Bagaimana jika sekolah kami berminat menyertai program bersama pihak Yakult di masa akan datang?

Pihak sekolah boleh terus menghubungi pihak Yakult (M) Sdn. Bhd melalui email terus ke customerservice@yakult.com.my. untuk dimasukkan ke dalam senarai cadangan. Sila emailkan butiran berserta maklumat sekolah dan pegawai yang boleh dihubungi untuk tindakan lanjut.